TERBARU

Sunday, April 21, 2013

kek coklat moist topping coklat

Jumaat lepas hari terakhir saya berkhidmat sebagai guru ganti di salah sebuah sekolah di Pahang... so,, cikgu-cikgu kat situ buat "POT LUCK"... pot luck ni memang sentiasa ada di mana-mana sekolah sekalipun... pot luck ni sebenarnya jamuan makan-makan..tapi caranya unik sikit... ada nilai-nilai berkerjasama gitu...biasanya cikgu-cikgu ni berbincang,, sapa nak bawa makanan berat,, sapa nak bawak dessert,, sapa nak buat minuman,,, sapa nak bawak macam2 lagi la... seriously, so happening... 

saya pun mestilah nak bawak sesuatu kan.. takkan nak p makan jerk.. hihi... jadi,, saya pun telah berusaha membuat KEK COKLAT MOIST TOPPING COKLAT.. Bagi memastikan saya tak terlupa bahan-bahan serta cara buat kek ni. elok rasanya saya share dalam blog ni... nnti dah kawin leh rujuk blog jerk.. ok.. motip nak cakap pasal kawin tetiba... abaikan..abaikan.. jom tengok bahan-bahan dulu


BAHAN A

2 cawan tepung gandum 
2 cawan gula 
3/4 cawan koko
1/2 sudu teh serbuk bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder 

semua bahan A campur dalam satu bekas

BAHAN B

2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1 tutup essence vanila

bahan B juga dicampur ke dalam satu bekas

CARA BUAT 


1. masukkan bahan B ke dalam bahan A dan gaul semuanya hingga sebati. 
2. sementara itu, sediakan satu cawan air panas dan masukkan sesudu garam ke dalam air panas dan kacau. 
3. masukkan air panas bercampur garam ke dalam sebatian A dan B tadi dan kacau hingga sebati 
4. setelah itu,, masukkan sebatian sebanyak 3/4 ke dalam acuan. 
5. kukus selama lebih kurang 20-30 minit. 


BAHAN- BAHAN TOPPING 

250 gram coklat
3 sudu besar susu pekat
3 sudu besar susu cair
3 sudu besar minyak masak

CARA BUAT TOPPING

nak buat topping ni guna double boiling taw.. masukkan bahan-bahan tadi dalam bekas double boiling tu.. kacau hingga sebati.. then,, taungkan sedikit demi sedikit ke atas permukaan kek coklat tu tadi... 

HASILNYA
.
.
.

NYUM..NYUM... SELAMAT MENCOBA!!!!

4 comments:

kiwiey said...

wahh teliuq aihh ! lapor lak tetibe pas tgk kek nie . =p

sakinah said...

hihi... jemput makan @blueberry kiwiey =)

miss oat said...

nk rsa spotong kek 2 bleh???...heee

sakinah said...

blh miss oat..blh... =)