TERBARU

Thursday, January 17, 2013

WANITA PERTAMA MASUK SYURGA

assalamualaikum

lama rasanya tak meng"update" blog ni,... hari ini aku nak kongsi satu kisah tentang wanita pertama masuk syurga yang aku baca dalam sebuah buku iaitu SOLUSI isu 42... sungguh,, aku tertarik dengan kisahnya...JOM IKUTI KISAHNYA... 


Suatu hari,, Rasulullah S.A.W memberitahu anaknya Fatimah bahawa dia bukanlah wanita pertama yang masuk syurga.. ketika itu,, Fatimah berasa sedih dan kecewa sangat kerana dia bukanlah orang pertama yang masuk syurga,,, jadi dia terfikir dan tertanya-tanya apakah amalan wanita tersebut sehingga beliau layak menjadi wanita pertama yang masuk syurga???..... lalu Fatimah bertanya kepada ayahandanya.. tetapi Rasullullah S.A.W tidak menjawab pertanyaan tersebut, sebaiknya baginda menyuruh Fatimah pergi sendiri ke rumah wanita yang bernama Muti'ah tersebut. 

Fatimah pun bersiap-siap untuk ke rumah wanita itu. Kedatangan kali pertama Fatimah ke rumah Muti'ah, Fatimah tidak dibenarkan masuk kerana Muti'ah tidak mendapat keizinan dari suaminya lagi... lalu Fatimah pulang dengan rasa kecewa. 

Pada kedatangan yang kedua,,, Fatimah membawa bersama Al-Hasan dan Al-Husain.. kali ini juga Fatimah tidak dibenarkan masuk kerana Muti'ah hanya meminta keizinan untuk Fatimah sahaja, tidak untuk anak-anaknya... lalu pulanglah Fatimah. 

Kedatangan kali ketiga Fatimah membuahkan hasil. Muti'ah membenarkannya masuk ke dalam rumah. Mereka berbual-bual dan dalam masa yang sama Fatimah cuba mencari apa keistimewaan dan kelebihan yang ada pada wanita tersebut. Pada pemerhatian Fatimah tiada apa yang istimewa yang ada pada wanita tersebut sehingga membolehkan dia menjadi wanita pertama masuk syurga.. 

Sedang mereka berbual-bual,, tetiba muti'ah bangun dan pergi menyiapkan diri.. Maka, hairanlah Fatimah. Rupa-rupanya, Muti'ah bersiap-siap untuk menyambut kepulangan suaminya. Muti'ah menyambut kepulangan suaminya dengan 3 perkara iaitu : 

1) segelas air untuk hilangkan dahaga suaminya
2) sedikit makanan untuk hilangkan lapar
3) sebatang tongkat untuk digunakan oleh suaminya untuk menghukumnya jika dia bersalah sepanjang ketiada suaminya... 

serta pakaian yang cantik untuk tatapan suaminya,. 

Fatimah juga kagum dan terharu dengan layanan yang diberikan oleh Muti'ah kepada suaminya. Fatimah segera berjumpa Rasulullah S.A.W untuk menceritakan segala apa yang dialaminya dan dengan rasa rendah diri dia mengakui bahawa Muti'ah memamng layak menjadi wanita pertama masuk surga kerana ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada suaminya. 

Rasulullah S.A.W memujuk Fatimah dengan mengkhabarkan Muti'ah adalah wanita yang akan menjadi penarik kudanya di syurga nnti."sebab itu, dia akan masuk dahulu, namun hakikatnya engkaulah Fatimah wanita pertama yang masuk syurga" pujuk Rasulullah S.A.W sambil memandang Fatimah dengan penuh kasih sayang... 

(sumber SOLUSI edisi 42) 

p/s :: wanita mudah untuk masuk syurga - taati Allah,, taati suami...,ramai juga di dalam neraka... jadi,, marilah sama-sama kita muhasabah diri... 

Saturday, January 12, 2013

mengapa Allah rahsiakan kematian?

assalamualaikum..


sebab apa ALLAH rahsiakan kematian? ada byk sebabnya..antaranya supaya kita sentiasa mengingati kematian dan tidak leka dengan keseronokan dunia.. ia dirahsiakan supaya kita tidak menunda amalan ibadah kita..tapi arini cuba kita renung amalan kita setakat nie?manusia selalu memikirkan soal jodoh bg menyempurnakan ruang hidup supaya bahagia hingga ke syurga tetapi kita lupa bekalan untuk hadapi mati..ajal dan jodoh adalah rahsia Allah S.W.T. oleh itu, urusan dunia dan akhirat perlu
diseimbangkan
p/s : peringatan utk diri sendiri serta siapa yang sudi baca entry nie..sama2 perbaiki diri..insyaAllah




Saturday, January 5, 2013

EUSTRESS vs DISTRESS


 Assalamualaikum...

Dulu aku rasa stress tu negatif jerk..tak pernah ada yang positif tapi rupa-rupanya ada dua kategori stress ni iaitu EUSTRESS dan DISTRESS... EUSTRESS merupakan stress positif manakala EUSTRESS merupakan stress negatif... 

EUSTRESS adalah tekanan baik yang mendorong kita untuk terus melakukan sesuatu perkara. Sebenarnya, setiap orang memerlukan sedikit tekanan dalam diri untuk menjadikan mereka gembira, bermotivasi, dicabar dan produktif. Misalnya, stress sebab takut gagal akan menyebabkan kita bangun berusaha dengan lebih gigih, stress akibat hubungan kita yang tidak baik dengan ibu bapa akan menyebabkan kita bertindak meminta maaf, berterus terang dan melakukan tindakan-tindakan positif untuk membetulkan kesilapan diri.... semuanya merupakan stress atau tekanan baik untuk diri kita... 

DISTRESS pula adalah tekanan jahat atau negatif iaitu apabila tekanan baik yang dihadapinya menjadi semakin banyak dan tidak dapat ditampung lagi oleh seseorang individu. Mereka mula merasa ketegangan dan merasakan tiada pengakhiran terhadap tekanan yang dihadapi. Tekanan jenis ini akan membawa kepada keputusan yang lemah... 

Justeru, kita perlu bijak untuk mengurus tekanan yang dihadapi,,, jangan jadikan eustress yang sepatutnya ada pada kita sebagai distress,,, tapi sebaliknya,,, berusaha untuk mengatasi tekanan tersebut dengan menjadikannya sebagai enzim atau pemangkin untuk menyuntik motivasi dan semangat dalam diri untuk terus berjaya... 

p/s : stop stressing,, start living =)