TERBARU

Thursday, January 17, 2013

WANITA PERTAMA MASUK SYURGA

assalamualaikum

lama rasanya tak meng"update" blog ni,... hari ini aku nak kongsi satu kisah tentang wanita pertama masuk syurga yang aku baca dalam sebuah buku iaitu SOLUSI isu 42... sungguh,, aku tertarik dengan kisahnya...JOM IKUTI KISAHNYA... 


Suatu hari,, Rasulullah S.A.W memberitahu anaknya Fatimah bahawa dia bukanlah wanita pertama yang masuk syurga.. ketika itu,, Fatimah berasa sedih dan kecewa sangat kerana dia bukanlah orang pertama yang masuk syurga,,, jadi dia terfikir dan tertanya-tanya apakah amalan wanita tersebut sehingga beliau layak menjadi wanita pertama yang masuk syurga???..... lalu Fatimah bertanya kepada ayahandanya.. tetapi Rasullullah S.A.W tidak menjawab pertanyaan tersebut, sebaiknya baginda menyuruh Fatimah pergi sendiri ke rumah wanita yang bernama Muti'ah tersebut. 

Fatimah pun bersiap-siap untuk ke rumah wanita itu. Kedatangan kali pertama Fatimah ke rumah Muti'ah, Fatimah tidak dibenarkan masuk kerana Muti'ah tidak mendapat keizinan dari suaminya lagi... lalu Fatimah pulang dengan rasa kecewa. 

Pada kedatangan yang kedua,,, Fatimah membawa bersama Al-Hasan dan Al-Husain.. kali ini juga Fatimah tidak dibenarkan masuk kerana Muti'ah hanya meminta keizinan untuk Fatimah sahaja, tidak untuk anak-anaknya... lalu pulanglah Fatimah. 

Kedatangan kali ketiga Fatimah membuahkan hasil. Muti'ah membenarkannya masuk ke dalam rumah. Mereka berbual-bual dan dalam masa yang sama Fatimah cuba mencari apa keistimewaan dan kelebihan yang ada pada wanita tersebut. Pada pemerhatian Fatimah tiada apa yang istimewa yang ada pada wanita tersebut sehingga membolehkan dia menjadi wanita pertama masuk syurga.. 

Sedang mereka berbual-bual,, tetiba muti'ah bangun dan pergi menyiapkan diri.. Maka, hairanlah Fatimah. Rupa-rupanya, Muti'ah bersiap-siap untuk menyambut kepulangan suaminya. Muti'ah menyambut kepulangan suaminya dengan 3 perkara iaitu : 

1) segelas air untuk hilangkan dahaga suaminya
2) sedikit makanan untuk hilangkan lapar
3) sebatang tongkat untuk digunakan oleh suaminya untuk menghukumnya jika dia bersalah sepanjang ketiada suaminya... 

serta pakaian yang cantik untuk tatapan suaminya,. 

Fatimah juga kagum dan terharu dengan layanan yang diberikan oleh Muti'ah kepada suaminya. Fatimah segera berjumpa Rasulullah S.A.W untuk menceritakan segala apa yang dialaminya dan dengan rasa rendah diri dia mengakui bahawa Muti'ah memamng layak menjadi wanita pertama masuk surga kerana ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada suaminya. 

Rasulullah S.A.W memujuk Fatimah dengan mengkhabarkan Muti'ah adalah wanita yang akan menjadi penarik kudanya di syurga nnti."sebab itu, dia akan masuk dahulu, namun hakikatnya engkaulah Fatimah wanita pertama yang masuk syurga" pujuk Rasulullah S.A.W sambil memandang Fatimah dengan penuh kasih sayang... 

(sumber SOLUSI edisi 42) 

p/s :: wanita mudah untuk masuk syurga - taati Allah,, taati suami...,ramai juga di dalam neraka... jadi,, marilah sama-sama kita muhasabah diri... 

2 comments:

linlin clara said...

suka baca post nie :)

sakinah said...

tQ... sekadar perkongsian bersama =)