TERBARU

Monday, April 22, 2013

ikan patin masak tempoyak

oleh sebab kerja duk rumah je.. tak buat apa-apa maka rajinlah saya nak meng"hupdate" blog ni...one more thing,,, sekarang ni saya kena tulis resepi-resepi yang saya dah buat... itu adalah pesanan dari penaja yang tak berbayar iaitu Encik Tunang... encik tunang suruh saya sediakan buku tulis resepi-resepi masakan pe yang saya pernah masak..katanya takut saya lupa nanti... jadi,, saya rasa elok jugak kalau saya tulis dalam blog ni jerk..risiko untuk hilang resepi tu adalah sangat tipis... lagi satu,,nnti leh copy paste masuk word pastu print n buat satu buku... wahhh...rasa cam intelligent sangat.. tahniah sakinah tahniah sebab berfikir kreatif dan kritis camtu...hahaha...

 nak masak ikan patin masak tempoyak ni ada macam-macam cara...lain orang lain caranya taw..

bahan-bahan yang diperlukan: 

ikan patin 1 ekor 
cili padi 23 biji (KALAU TAK NAK PEDAS,, LETAK SIKIT JE)
kunyit hidup 11/2 inci
halia sikit jerk sebagai syarat
bawang putih 1 biji
bawang besar 1 biji
tempoyak 

cara buat: 

SEDIAKAN IKAN PATIN 
ikan patin ni perlu dipotong-potong kepada bahagian yang kecil-kecil,,, biasa bila beli tu suruh pakcik tu potong siap..lepas tu,, cuci dulu dengan air,,bersihkan,, buang insang pada bahagian kepala ikan tu..bersihkan sebersih-bersihnya... ikan patin ni memang banyak darah... darah dia tak boleh hilang kalau guna air jerk. still akan ada sikit-sikit... jadi ambil tepung gandum... gosokkan tepung gandum ke bahagian ikan... cara ni juga boleh hilangkan bau hanyir ikan tu... pastu rendam sebentar ikan patin tersebut..lebih kurang macam dalam gambar ni


lepas tu... cuci bersih-bersih semua tepung-tepung pada ikan tu... dan toskan ikan... 

bersihkan,,,darah pun dh takde

PENYEDIAAN BAHAN-BAHAN 


semua bahan ni tadi kita masukkan dalam blender dan kisarkan... lepas tu masuk bahan utama dia iaitu TEMPOYAK dalam blender yang sama... kuantiti tempoyak ni msukkan la ikut citarasa,, kalau nak pekat...letak la banyak sikit tempoyak tu... kisarkan tempoyak ni tadi bersama dengan bahan-bahan yang kita dah kisar tu... 

CARA MASAK

bila dah settle semua... letak air dalam periuk... kalau nak pekat,, isi air sikit jerk...lepas tu masukkan bahan yang dikisar tadi dalam air... letak atas dapur... 
biarkan mendidih... lepastu baru masukkan ikan patin tadi... lepas tu masukkan garam dan aji no moto secukup rasa..


masukkan daun kesum dan daun kantan untuk menyedap dan mewangikan lagi masakan... biarkan seketika.. lepas tu boleh tutup api 

dan



SEDIA UNTUK DIHIDANG


2 comments:

Alien Ohsem said...

Looks yummy! Sadly, I don't eat tempoyak. Oh ya, my mom says we can use limau kasturi to buang the smell. So tak bau hanyir gitu. Just sharing. hehe

sakinah said...

tQ @alian Ohsem.. nnti saya boleh try guna limau plak...so sad u didn't eat tempoyak...sedap taw.. hihi