TERBARU

Thursday, March 28, 2013

ANGKARA CEMBURU

Assalamualaikum... 

Title entry ni sebenarnya berdasarkan tajuk perbincangan untuk slot SEMANIS KURMA di tv9 pada hari ini iaitu ANGKARA CEMBURU..



Cemburu itu umpama garam yang dimasukkan ke dalam masakan... jika garam yang dimasukkan cukup rasa,, maka makanan yang terhasil akan menjadi sedap... jika garam yang dimasukkan terlebih maka tak sedaplah makanan tersebut.. garam yang berlebihan juga boleh membawa kepada penyakit darah tinggi... begitulah diibaratkan cemburu... cemburu di dalam sesebuah perhubungan suami isteri perlu ada tetapi jangan berlebihan... sering kita dengar cemburu itu tanda sayang... hakikatnya cemburu juga tanda keimanan... 

Saidatina Aisyah juga mempunyai rasa cemburu..Dari Aisyah, dia berkata, “Aku tidak pernah melihat orang yang pandai masak seperti halnya Shafiyah. Suatu hari dia membuatkan makanan bagi Rasulullah SAW, yang ketika itu beliau di rumahku. Seketika itu badanku gemetar kerena rasa cemburu yang menggelegak. Lalu aku memecahkan bejana Shafiyah. Aku pun menjadi menyesal sendiri.
Aku berkata,”Wahai Rasulullah, apa tebusan atas apa yang aku lakukan ini?”
Baginda menjawab, “Bejana harus diganti dengan bejana yang sama, makanan harus diganti dengan makanan yang sama”, (ditakrij Abu Daud dan An-Nasa’i)
Begitulah rasa cemburu sebenarnya boleh dikawal... dan suami perlu bertindak sebagai pemujuk yang bijak...sebenarnya bukan sahaja perempuan mempunyai rasa cemburu, lelaki turut sama memilikinya...tetapi jarang lelaki menunjukkan rasa cemburunya... lelaki lebih berhemah dalam menyalurkan rasa cemburunya...  
berbalik kne program semanis kurma yang aku tonton tadi...aku tertarik dengan satu kenyataan dari ustazah Nor Laila... katanya dalam berumah tangga ni... adalah dilarang bagi seorang lelaki memuji2 kecantikan wanita lain di hadapan isterinya even bertujuan kerana mahu isterinya menjadi cantik.. ini dah biasa kita dengarkan... yang aku tak pernah dengar adalah " dilarang bagi seorang isteri memuji2 kecantikan wanita lain di hadapan suaminya".. hal ini kerana kemungkinan untuk suami membayangkan apa yang dipuji oleh isterinya adalah sangat tinggi... dalam masa yang sama,,, ia seolah2 kita membuka jalan untuk membenarkan si suami turut memuji2 wanita lain... jadi,,, rasanya tak perlu la suami atau isteri memuji2 wanita atau perempuan lain di hadapan pasangan masing... terimalah pasangan masing-masing dengan seadanya dan yang paling penting hapuskan rasa syak wasangka dalam diri... 

""' jika memberikan cinta kepada manusia,,, manusia akan melukakannya.... jika memberi cinta kepada Allah,, maka Allah akan mengubati dan merawatinya" 

p/s : aku tujukan entry ni khas untuk aku dan kepada sesiapa yang sudi membaca.... 

No comments: