TERBARU

Sunday, March 31, 2013

8P DALAM RUMAH TANGGA

assalamualaikum... 


ok.. entry ni aku wat cam aku dah kahwinkan.. konon-konon macam ada pengalaman bagai... padahal belum...actually, entry ni sebagai nota peringatan untuk aku,,, mana tahu bila dah kawin nnti boleh aku tengok-tengok semula tips rumah tangga ni...al maklumlah blog pun leh jadi buku catatan kan... 

sebenarnya,, 8P dalam rumah tangga ni adalah tips yang diberikan oleh Ustazah Bahyah dan ustaz akasha dalam semanis kurma... so,, sekarang aku share kat dalam blog ni... 

8P yang dimaksudkan adalah : 

1. Puji - suami isteri kenalah saling memuji pasangan masing-masing... kalau isteri memasak,, puji la masakan isteri,, kalau suami tolong wat keje rumah ke apa ke.. puji la suami... 

2. Peluk - pelukan adalah salah satu belaian kasih sayang... jadi kalau boleh dalam rumah tangga peluklah pasangan sekerap yang mungkin supaya pasangan sering rasa dikasihi dan disayangi... 

3. Penghargaan - ucapan terima kasih juga adalah salah satu bentuk penghargaan,,, suami isteri perlu sentiasa menunjukkan penghargaan kepada pasangan.. hadiah juga merupakan bentuk penghargaan...

4. Perhatian - sudah menjadi lumrah dalam berumah tangga,, masing-masing memerlukan perhatian... jangan biarkan pasangan kurang perhatian kerana ia boleh mengakibatkan rasa terabai... 

5. Persefahaman - pasangan yang berkerjaya memerlukan tolak ansur dan persefahaman dalam rumah tangga... 

6. Pergaulan - suami isteri perlu menjaga pergaulan dengan orang lain. jangan melampaui batas, jangan menimbulkan cemburu kerana ia boleh membawa kepada pembabitan orang ketiga. 

7. Percutian - pasangan suami isteri perlu merancang percutian bersama-sama ke tempat yang jauh dari kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain. 

8. Permohonan - doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri. 

Ustazah juga ada menurunkan doa selepas solat yang boleh menimbulkan kasih sayang suami isteri iaitu surah Al-Imran ayat 31. 

ustazah juga ada sebut yang paling penting dalam keharmonian dan kebahagian sesebuah rumah tangga ialah mendekatkan diri kepada Allah... jika seseorang mengabaikan tanggungjawabnya kepada Allah,, kepada agama maka dia akan turut mengabaikan tanggungjawabnya kepada rumah tangga... 

ok.. harap2 tips ni leh la sering diamalkan untuk mendapatkan rumah tangga sakinah... mawaddah wa rahmah.. insyaAllah... 


3 comments:

dyayusof said...

kalau rumah belum ader tangge,, der 10P jgk tk hehe

sakinah said...

kalau rumah belum ada tangga... pun blh ada P dlm pershabatan,, kekeluargaan dyayusof =))hihihi

dyayusof said...

hehehe betol3xx... =] tenkiu for the tips...