TERBARU

Saturday, January 19, 2013

KEJUTAN SEBAGAI HADIAH KEGEMBIRAAN

assalamualaikum


Kejutan adalah sesuatu perkara yang dilakukan melebihi jangkaan orang lain... dan saya memang sangat sukakan kejutan... al-kisah maka saya terbaca la satu cerita tentang seorang ahli hadis iaitu Muhammad bin Abbas al-'Usmi yang juga terkenal dengan panggilam Abi Zuhl. Beliau mempunyai keperibadian yang sangat baik kerana setiap kali membuat kebaikan, beliau akan membuatnya melebihi jangkaan orang lain. "Unsur kejutan" sentiasa disisipkan dalam apa yang dilakukannya supaya orang lain turut sama merasai kegembiraan tersebut. Pernah Abu Zahl membuat dinar iaitu wang emas sendiri,, dan berat wang emas tersebut melebihi berat dinar biasa, kemudian beliau menyedekahkan wang-wang dinar tersebut kepada fakir miskin. Abu Zahl suka memberi kepada fakir miskin beg yang disangka berisi wang perak oleh mereka tetapi sebenarnya apabila dibuka, mereka gembira kerana mendapati isi beg tersebut ialah wang emas. dan apabila ditimbang, berat wang tersebut melebihi wang biasa. berganda kegembiraan yang diterima oleh fakir miskin tersebut. Betapa Abu Zahl patut diteladani. Tidak cukup hanya melakukan kebaikan dengan bersedekah, beliau melakukannya dengan kualiti yang melebihi jangkaan. 

Sikap memberi kejutan ini bukan sahaja boleh kita aplikasikan dalam bersedekah semata-mata... banyak lagi perkara yang boleh kita sisipkan unsur kejutan untuk mengembirakan orang lain.. misalnya, sebagai seorang anak,, kita boleh menghadiahkan kegembiraan kepada ibubapa kita dengan memberi pencapaian yang tidak pernah mereka bayangkan kita boleh dapat..insyaallah, jika kita mampu menghadiahkan kegembiraan dengan kejutan ini, kita akan menjadi orang yang disukai... 

Walau bagaimanapun, kejutan yang dilakukan haruslah kejutan yang membina bukan kejutan untuk menjatuh atau mengenakan orang lain.. 

p/s :: jom gembirakan hati kawan-kawan, ibubapa,, guru, majikan dan semua yang ada di sekeliling kita dengan kejutan yang bisa membuat kegembiraan mereka berganda.. 

2 comments:

Nor Salmi said...

Terima kasih atas perkongsian cerita. Suka dgn entri ni. Boleh jadikan bahan utk motivasi anak didik nanti..

Salam perkenalan #221

sakinah said...

sama2 nor salmi... sama2 la kite gunekan utk anak2 didik nnti =)