TERBARU

Saturday, December 29, 2012

jangan lepaskan peluang - kerja baru buat si pengganggur!!!!

assalamualaikum semua.....
hello..hello..haiii



haaaa...nampak tak lambang apa kat atas tu,,,pasti ramai yang pernah menggunakan perkhidmatan di pejabat pos ni kan.. bayar bil,, renew lesen,, menabung,, hantar surat dan macam-macam lagi la... so,, jangan lepaskan peluang meenyertai peraduan yang disediakan oleh POS MALAYSIA ni


Peraduan SENANG DAN MENANG... senang jerk nak join peraduan ni.. uolls pegi jerk kat mana-mana pejabat pos tapi dengan urusan la kan.. then,, amik borang penyertaan ni... cari 10 perkataan tersembunyi dalam petak yang ada huruf banyak-banyak tu... pastu buat slogan tak lebih dari 30 patah perkataan... mudah jerk kan. menang ke kalah ke,,,belakang cerita,,, alang-alang menganggur takbuat apa-apa ni kan.. wat la keje-keje cmni.. manalah taw nasib menyebelahi dan murah rezeki.. untung-untung dapat bawak balik PROTON PREVE sebijik... ha,, amik nak kaw.. terjojol mata jiran-jiran sebelah umah,, penganggur bawak balik preve... gitu kan... masih ada masa ni... jom join... kerja baru ni... good luck pada semua yang nak join nnti... hihihi


p/s : jodoh pertemuan, ajal maut,, rezeki semua di tangan Allah... seiringkan usaha, doa dan tawakal =)


Thursday, December 27, 2012

SEGMEN TAMBAH FOLLOWER!!!


blogwalking td kat blog ahsfantasy24.. nmpk satu segmen yang dianjurkan oleh beliau yang kelakar lagi comeiii tu... oleh sebab, dah lama rasanya diri ini tak join mana-mana segmen,, maka maklumat telah disampaikan oleh otak kepada jari-jari tangan untuk menyertai segmen tersebut... toche-toche cik manis sebab menganjurkan  [Sticky] Bloglist Blogger Baharu 2013 | Segmen Tambah Follower!! yang boleh dapat award awesome tu sebab ramai juga yang join... and i will be one of them..tehehe... jom join sama-sama... just klik pada banner kat atas or tekan SINI ...

p/s : jom ber"blogwalking".. =p

Tuesday, December 25, 2012

MERANGUPKAN AYAM GORENG

korang mesti penah goreng ayam kan... biasanya, ayam yang kita goreng bila dah lama-lama angkat mesti dah tak rasa rangup lagi.. jadi,, untuk kekalkan kerangupannya supaya bila makan boleh ada bunyi krapp,,krappp,, kita boleh gaulkan ayam tu bersama garam, kunyit dan sebiji telur.. pastu goreng jerk sepert biasa... terbaca petua ni dalam buku majalah wanita.. kepada bakal-bakal isteri,, anak-anak,, adik-adik,, boleh la kiranya mencuba petua ni...

p/s :  "Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman yang lazat serta baik kesudahannya, dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan". surah at-thur ayat 19

Saturday, December 15, 2012

hantaran anganku menjadi

assalamualaikum 
and hye all's 

ok... takyah kowt nak mukadimah bagai... just straight to the point.. untuk entry kali ini,, aku nak share pengalaman menyediakan hantaran untuk majlis pertunangan... mungkin boleh dijadikan hantaran untuk majlis perkahwinan barang kali... wahh,, gitu...

inilah 7 dulang hantaran pertunangan yang aku maksudkan...atas katil ada 6 dan 1 lagi tu tu yang ada atas kerusi dekat tepi tu.. 

FYI,,, aku bukan reti sangat pun nak gubah-gubah hantaran bagai ni... tapi disebabkan minat dan disebabkan aku mahu menjadikan ianya lebih bermakna maka aku mengambil keputusan untuk membuatnya sendiri... alhamdulillah,, nasib memang menyebelahi aku,, 
aku, mak dan dua adik ku yang lain,, masuk ke sebuah kedai di bangunan Malay Town, berhadapan dengan East Cost Mall (ECM),, nama kedai tu SMALL GARDEN... masuk-masuk tengok ""WAHHHHH.... banyaknya bunga yang digubah".. tu di tingkat satu... naik ke tingkat 2.. sekali lagi "" WAHHHH... ok sekarang mulut xleh tutup sebabnya banyak sangat design hantaran yang dipamerkan kat situ.. macam2 design,, macam2 warna.. seyesly,, memang sangat cantik... tetiba,, ada seorang promoter datang ke arah kami,,, " kak, nak cari tema apa kak,, untuk tunang ke kawin".. mak dengan semangatnya cakap " nak cari untuk tunang jerk".. " ok kak,, sekarang orang guna tapak macam ni.. kalau guna yang macam ni,, tak perlu pinjam baki dah.. pastu time kawin nnti pun leh guna tapak yang sama.. senang,, jimat" .. aku pun teruja kau.. al-maklumlah,, first time kan... kalau dua tiga time,, rasanya excited and keterujaan dia kurang kowt.. ok,, mak terus pergi ke tempat bekas @ tapak tersebut.. mak book dulu sebabnya kami akan datang semula hari jumaat...dipendekkan cerita,, hari jumaat semua barang untuk gubahan telah pun dibeli.... eh...eh... lupa plak,,, part yang paling penting adalah uolls taw,,, tauke kedai tu ajar aku satu cara nak buat satu gubahan. dia bagi contoh ok... mane nak dapat kat kedai lain,, tauke kedai bagai contoh wat hantaran.. bankrup la diowg.. tapi kedai ni memamg terbaik la... siap bagi contoh.. alhamdulillah,,, ade juga orang yang tunjuk ajar aku... xperlu la aku beli buku pengantin bagai... and one more think... aku dapat kad ahli kedai tu.. wahhh,,, lepas ni nak kawin,, p jerk kedai tu,,, dapat diskuan,, untung mak nokkks...


ni la... bahan-bahan yang diperlukan untuk wat hantaran ni.. tapak yang aku kata tadi tu,,, jap lagi tengok gambar yang disiap jerk la sebabnya tak sempat nak tangkap gambar sebab xde niat pun nak letak dalam blog ni sebenarnya... tu tu yang satu dulang dh siap tu,, tu la contoh yang tauke kedai tu ajar tu,, dapat stu free... wahahaha...


ni la bunga-bunga yang aku dh ikat-ikat... setiap ikatan ada 4 kuntum bunga yang disusun secara berselang-seli warnanya dan bertingkat-tingkat...bunga-bunga ni nnti akan diletakkan di bingkai tapak yang aku cakap tadi tu... jom la layan gambar,,, cakap banyak pun xgune.. wahaha... 


ni la tapak yang aku maksudkan.. bunga-bunga tadi tu,, ikat jerk kat tepi-tepi dulang tu... letak dua belah jerk..kalau nak letak semua pun xpe.. tapi kau rasa crowded nnti.. so,,, biar jerk dia simple cmni... 

yang tadi kosong kan.. jadi kita letak kain net ni.. kain net ni xyah nak letak skema-skema,, letak serabut2 pun xpe.. biar dia terkeluar sikit... nampak cm seni la sangat kan.. waahh,, gitu...dh siap... ok... actually belum ciap,,, ada lagi stu yang aku xletak... reben yang warna purple 3 layer tu... wahhh,,tu cabaran gilerk kowt nak buat,,, aku tru buat dari kul 2 petang... smpai abeh petang..pastu sambung plak malam,, sebelum tido pun sambung wat lagiii... hasilnya.. WA TAK BOLEH BUAT... apa maknya?? xkreatifkan aku... wahh,, sedih... akhirnya,, hantar semula kat kedai tu,, tempah diowg buat reben tu jerk... sampai-sampai,,, promoter tu cakap,, memang kebanyakkan customer diowg xleh wat reben tu.. memang kebanyakkannya tempah jerk.. waktu tu,, rasa cm seronok la jgk,, maknanya,,reben tu memang sukar nak di wat n memerlukan teknik tersendiri bukan sebab aku xkreatif... wahahaha... nasib baik... nasib baik,, ko masih kreatif sakinah.. masih ( perasan boleh blahh jauh-jauh)... tapi melayang jugak la kan 30 hinggit mak aku untuk 6 reben tu... 5 hinggit satu,,, amik kau sakinah.. maafkan anakmu ini mak... nnti dh dapat keje ganti semula er.. hihi...

ok.. ni la secara dekatnya gubahan yang siap,,siap ngan reben semua tu,, nampak reben purple yang ada purple gelap, lembut skit n putih tu.. tu la yang aku p tempah dengan harga 5 hinggit satu tu.. tukang kedai tu wat xsampai 10 minit pun 6 reben tu.. kagum aku... kagum... 

bila dh siap ke tujuh2 dulang ni... maka dengan itu,, letak jerk la barang-barang hantaran yang telah dibeli keatasnya.. jom lihat hasilnya.. zassss....


kemeja ni.. aku pakai letak jerk,, wahaha,, janji ade terletak.. ok.. yang ada cm jerami-jerami tu adalah xtaw apa kebendanamanya tapi yang pasti untuk memastikan agar hantaran tersbut tidak kelihatan kosong... wahhh,, gitu... 

buah ni plak,, kakak aku yang terchinta yang letak2.. aku tengok dia wat senang jerk.. letak2.. siap...ade beza orang yang kreatif ngan tak berapa nak kreatif ni ghupanya,,,,

 baju melayu dengan songkok ni pun aku letak jerk.. 

kasut pun letak jerk.. wat cam biasa orang buat.. silang kan kasut.. kelas kau maria... =p

ok... coklat ni aku tak letak saja... aku pikau lama kowt cmne nak letak... akhirnya,, inilah hasilnya... boleh la kowt kan encik tunang.. hihi

sirih junjung ni pula digubah khas oleh kakak aku lagi... kejap jerk dia buat... bunga ros ditaja oleh "kawan" sepupu haku yang cantik cun melecun gitu... mekaseh2.. kalau taw ditaja...mintak berdozen2.. biar penuh dengan bunga.. love flower damn much wokehhh... jgn men2... muahaha... 

ok... lagi satu gambar terlupa nak snap..hal ini kerana,, aku meletakkan nya ke dalam bekas pada pagi hari aku nak ditunangkan.. sebabnya muffn n polka dot apam.. so,, takut la kalau letak malam2 semut,,,so letak pagi2 tu.. oleh sebab dh kelam kabut maka terlupa nak snap gambornya

so... inilah hasilnya.. walaubagaimanapun,, bukan 100% hasil tangan aku,, kalau nak kira mungkin dalam 85.99999999999% jerk hasil tangan aku,,, ok la tu,, kalau dalam exam kira dapat A la... ok la.. leh improve lagi untuk kawin nnti plak.. apa yang penting. aku enjoy menyiapkan dan syukur semuanya berjalan dengan lancar.... alhamdulillah Ya Allah.. 

p/s :  perancangan Allah itu yang terbaik...

Friday, December 14, 2012

ujian hidup

"HIDUP DI DUNIA ADALAH UJIAN, HIDUP DI AKHIRAT ADALAH BALASAN" 

setiap dari kita akan diberikan ujian dalam hidup sama ada kita suka atau tidak,,kita tetap akan diuji.. ujian itu boleh jadi mudah dan boleh jadi juga susah...ujian-ujian yang diberikan oleh Allah SWT sebenarnya adalah untuk mengajar kita menjadi lebih sabar dan tabah,,, apa yang penting adalah hendaklah kita mensyukuri dengan apa yang diberikan kepada kita... REDHA dengan ketentuan-Nya.. percaya pada Qada' dan Qadar Allah,, dengan bersyukur dan redha, kita akan mendapat kebahagian dalam hidup...

Allah menguji kita adalah sebagai ekspresi cinta dan rindu-Nya pada kita kerana kita mungkin sudah melupakannya.. jadi Dia memberikan ujian supaya kita dekat pada-Nya... kerana dengan hanya mendekati-Nya jiwa kita akan merasa tenang.. Allah menguji kita kerana Dia percaya kita mampu menghadapinya... dan untuk berhadapan dengan ujian Allah ini, rawatlah diri.. tanya pada diri,,,lihat diri.. muhasabah diri... sentiasa menggunakan kata hati untuk menilai setiap yang terjadi bukan kata nafsu atau kata akal.. 

p/s :: bersyukur akan membahagiakan hidup... ini sebagai ingatan kepada diri sendiri dan kepada sesiapa yang sudi membaca entri ini... 

Wednesday, December 12, 2012

SUATU KETIKA

setelah setahun meninggalkan blog ini usang tanpa sentuhan,,tanpa jengukan,,,entah kenapa,, semalam,,hati terpanggil,, tangan tergerak untuk menekan huruf-huruf kekunci mengintai laman usang ni...akibat bosan barangkali,, menternak lemak di rumah tanpa berbuat apa-apa,,, ok fine!!! konon ayat sastera,, berbunga-bunga bagai,,, entry nye tajuk,,, takde kaitan... merapu saja.. walau bagaimanapun,,, satu frasa nak share kat sni """ KU SERAH SEGALA KETENTUAN,, BIARLAH MASA YANG BERBICARA"""... 

nampak cm pasrah kan...takde ape2 pun sebenarnya... cuma terfikir,,, bila dh berusaha,,,berdoa dan last sekali tawakal... waktu tu la,, serahkan segalanya pada Allah,,, kerana Allah tahu bila masanya yang sesuai dan terbaik untuk sesuatu tu jadi pada kita... biar masa yang berbicara tetapi setelah usaha dan berdoa... 

p/s : Dialah yang MAHA MENGETAHUI,,,